DVD Softcopy vs Thumb Drive


Mungkin semua tertanya-tanya apakah yang dikatakan DVD Softcopy vs Thumb Drive…. Ya ianya lain daripada yang lain yang selalu anda semua lihat, Kini Shine Photovideo membawa sesuatu yang lain apabila kami menawarkan untuk memberikan Thumb Drive kepada anda yang memberikan tugasan sebagai Jurugambar Rasmi majlis perkahwinan anda. Dan tidak lagi DVD sebagai storan untuk menyimpan gambar terindah anda di sempanjang majlis bersejarah sepanjang hayat.Tapi kenapa Thumb Drive?

Ya sebab ialah kami prihatin kepada anda dan ingin memberikan khidmat yang terbaik. Kesemua gambar perkahwinan anda yang telah diambil oleh kami akan dimuatkan didalam Thumb Drive dan ianya lebih baik berbanding DVD. Disamping itu juga ianya merupakan penambah baikan khidmat yang ditawarkan kerana Thumb Drive mempunyai kelebihan yang lebih berbanding DVD.

Jangan risaukan mengenai virus, setiap Thumb Drive yang diberikan adalah bebas daripada virus dan berbaloi untuk anda semua.

mari kita lihat kelebihan dan kelemahan diantara DVD berbanding Thumdrive

Gambar Anda Di Dalam DVD

Jumlah Storan adalah 4.7GB
Tidak Boleh dijangkiti Virus
Menggunakan Kotak DVD yang cantik
Memerlukan DVD-Drive untuk membaca dan melihat semua gambar
Tidak semua kedai mempunyai DVD-Drive untuk anda print-out setiap gambar didalamnya
Perlu penjagaan yang baik dimana mudah rosak, calar, dan tidak tahan lama
Sukar untuk dibawa kemana-mana
Lambat untuk membaca setiap DVD mengikut kepada sistem komputer
Hanya boleh menyimpan gambar perkahwinan anda sahaja.

Gambar Anda Di Dalam Thumb Drive

Jumlah Storan diberikan 4G atau lebih mengikut saiz keseluruhan fail gambar anda
Virus boleh dikesan menggunakan perisian antivirus yang sentiasa dikemas kini
Tidak menggunakan kotak, saiz Thumb Drive kecil, ringan dan mudah dibawa
Hanya Plug-in pada komputer untuk melihat semua gambar
Semua kedai gambar yang menawarkan print digital boleh menggunakan Thumb Drive
Penjagaan yang mudah tidak mudah rosak
berkualiti tinggi
Lebih cepat untuk melihat semua gambar dan boleh di masukkan dimana-mana komputer perisian WinXP dan keatas
Anda boleh mengguna ulang setiap ruangan Thumb Drive dan mudah untuk dikemas kini mengikut kehendak anda
mudah untuk anda preview setiap gambar tanpa risau.
Diberikan pada setiap pakej yang ditawarkan
Menggunakan USB format 2.0


blog info

Converted by Blogger for Wordpress to Blogger sponsored by Cinta.